FAQ

 FAQ (MAKLUMBALAS DAN PERTANYAAN) 

1.    Adakah saya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?

 Ya. Semua “orang yang sedang bekerja” di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian; Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

 2.       Bagaimanakah majikan boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan mudah?

Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan HIRARC.

3.       Apa yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

 4.       Apa jenis penyataan dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?

Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan dengan ringkas komitmen berikut :

a)      Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

b)      Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri. Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.

 5.       Bagaimana cara memberitahu tentang kemalangan atau penyakit di tempat kerja?

Majikan mestilah memberitahu pejabat JKKP terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja melalui telefon, faks, borang JKKP 6 atau JKKP

 6.       Bagaimana tanggungjawab pekerja di tempat kerja?

Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:

a)      Memberi perhatian yang munasabah bagi mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau orang lain semasa menjalankan aktiviti kerja mereka,

b)      Bekerjasama dengan majikan dan orang lain untuk memenuhi peruntukan undang-undang.

7.       Apakah fungsi Jawatankuasa tersebut?

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan berfungsi untuk:

  • Mengkaji semula langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,
  • Menyiasat aduan atau apa-apa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan,
  • Sentiasa berunding dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamatan dan  kesihatan  di tempat kerja.

 8.    Apakah kewajipan majikan ke atas pekerjanya?

Majikan dikehendaki melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja melalui langkah-langkah berikut:

  • Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat;
  • Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam   penggunaan, pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
  • Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;
  • Menyediakan dan menyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko    kepada kesihatan; dan,
  • Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.

 9.       Apa pula kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri ke atas orang-orang lain yang berada di tempat kerja selain para pekerja mereka?

Memastikan orang-orang lain yang berada di kawasan kera tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan akibat pengusahaan seperti bahaya jentera / loji. 

Memberi maklumat berkaitan cara menjalankan pengusahaannya untuk pengetahuan orang-orang lain selain pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko ketika pekerja sedang bekerja.

 10.   Bilakah masa yang sesuai untuk majikan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja?

Majikan perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja apabila mempunyai 40 orang atau lebih pekerja atau diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP.

 11.   Apa itu Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB)?

Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB) bermaksud sesebuah bekas tertutup yang mempunyai tekanan lebih besar daripada tekanan atmosfera sama ada dalam bentuk gas atau campuran gas-gas dan termasuklah juga pengandung yang berada di bawah tekanan stim yang dihasilkan dari dandang stim dan sesuatu pengandung di bawah tekanan cecair dan gas atau kedua-duanya, dan sebarang pengandung tekanan yang bahagian dalamnya mempunyai tekanan di bawah tekanan atmosfera (hampagas).

Contoh-contoh pengandung tekanan ini adalah seperti bekas udara, penukar haba, penyucihama, pengandung-pengandung di loji petrokimia, tangki simpanan LPG, pengandung-pengandung untuk proses rawatan air dan sebagainya.

 12.   Bagaimanakah cara menduduki kilang dan menggunakan jentera buat pertama kali?

 2 langkah mudah adalah:

  1. Mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera dengan mengemukakan borang JKJ 105 beserta dokumen berkaitan kepada pejabat JKKP terdekat.
  2. Memberitahu JKKP bahawa akan menduduki kilang buat pertama kalinya melalui borang JKJ 101 selepas mendapat Kebenaran Memasang Jentera.

 13.   Berapa lama proses pendaftaran kilang dan jentera?

Proses pendaftaran kilang dan jentera akan mengambil masa sebulan hingga tiga bulan daripada tarikh penyerahan borang dan dokumen yang berkaitan kepada pejabat JKKP.

 14.   Adakah perlu mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera setiap kali memasang jentera berperakuan kelayakan dan pepasangan baru?

Ya. Mana-mana jentera berperakuan kelayakan dan pepasangan baru yang hendak dipasang di dalam premis kilang hendaklah mengemukakan borang JKJ 105 dan JKJ 106 kepada pejabat JKKP terdekat

15.   Apakah jentera yang memerlukan sijil perakuan kelayakan?

 Jentera berperakuan kelayakan termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat seperti lif penumpang, lif barang, tangga bergerak dan kren.

 16.   Di manakah saya boleh mendapat Borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 termasuk jadual yang berkaitan?

Kesemua borang dan boleh didapati daripada laman web JKKP. Sila klik di sini.

 17.   Syarikat kami telah menggunakan asid sulfurik dalam kuantiti yang sedikit. Adakah kami perlu membuat penaksiran risiko kepada kesihatan?

Ya, asid sulfurik adalah bahan kimia mengakis dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997. Adalah menjadi tanggungjawab majikan atau pemunya untuk melakukan penaksiran risiko kepada kesihatan (CHRA), walaupun kandungan penggunaan bahan kimia adalah sedikit.

 18.   Bilakah masa berikutnya yang perlu dilakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Selepas penaksiran yang pertama dilakukan?

Penaksiran risiko kimia kepada kesihatan perlu dilakukan semula jika:-

  1.  Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran  itu dibuat, atau
  2. 5 tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir, atau
  3. Telah diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan.

19.   Semenjak menjalankan perniagaan didapati perniagaan syarikat kami kurang menguntungkan. Bolehkah pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberikan syarikat kami perlanjutan masa untuk melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan?

Pihak majikan perlu menulis surat kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk memohon pelanjutan tempoh masa melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Adalah dinasihatkan supaya kes menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan (KKP) (termasuk penaksiran risiko) dimasukkan dalam bajet menjalankan perniagaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: